Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Thursday, 11-Mar-2010 07:22
Baju Noramanik
Salam.

Dah lama sangat tak masukkan gambar dalam ni. Musim hibernasi... Lepas sakit hari tu, ramai dok carik saya tanya pasal tempahan baju mereka... Maaflah banyak2 pada yang berkenaan, memang saya hari tu mengalami tension yang amat... Apasal? Macam2lah, terutamanya pelajaran anak2... Tapi x tau kenapa saya tension teruk sangat... Biasanya saya ni jarang melayan perasaan, pada saya, masalah semua boleh diselesaikan.

Cuma kali ni memang x boleh nak buat apa... Tension tu datang sendiri, tu yang sampai demam2, lepas baik, demam semula... Masa tu, memang x menjahit sebab takut jahanam kain baju orang. Alhamdulillah, sekarang dah beransur pulih, cuma banyak pakaian yang hendak disiapkan... hmmm

Ok, tinggalkanlah citer di atas tu, kita citer pasal pakaian pulak. Baju ni Nora nak buat kebaya yang pendek, cam kebaya nyonya gitu. Kainnya kain batik, maka kainnya itu dibuat kain belah tak nampak (maksudnya belahan tu kalau berjalan x nampak betis) sepatutnya dihantar kepadanya semalam ke hari ni ke, malangnya saya bercuti pulak 2 hari ni. Semalam pi pejabat pos kat Saujana Utama ni, tapi katanya pos laju xder, pos register ada... hmmm.. kalau pakai pos register, alamatlah seminggu lagi baru sampai.

Semalam hantar anak ke Hospital Selayang untuk check up. Budak x cukup bulan memang kena check up setiap 6 - 8 bulan sekali, nak tengok perkembangannya. Ingat nak hantar hari ni, hubby pulak kena sakit mata.... tu yang amik cuti 2 hari tu, mata dia x boleh nak buka sangat, pedih, katanya. Hari tu si baby yang kena, lepas seminggu baik, ayah dia pulak yang kena.

Alamak, nak buat kerja lain pulak, nanti malam2 letak baju2 lain pulak.

© Pidgin Technologies Ltd. 2016